Program Pendidikan Inklusif Di Sekolah Arus Perdana
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF MURID BERKEPERLUAN KHAS“Program Pendid.
Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). FPN itu sendiri iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan dapat dibuat, bahawa yang dimaksudkan dengan kemahiran adab ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun disimpulkan di dalam bait-bait falsafah pendidikan itu sendiri.Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), kemahiran sains dan teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya. Bagi mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang guru perlu menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan, mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), menggunakan teknologi terkini dan menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan pembentukkan akhlak dan sahsiah yang baik.Memandangkan guru adalah agen perubahan maka profesion perguruan tidak terkecuali daripada terlibat dengan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi. Rentetan daripada perubahan tersebut terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani antaranya cabaran dalam bilik darjah bila mana para pelajar perlu diperkembangkan potensinya.Seterusnya cabaran di sekolah seperti masalah sosial dan disiplin yang berleluasa yang berpunca daripada ledakan maklumat dan ilmu yang berbentuk global. Tidak kurang juga dengan cabaran yang datang daripada bilangan pelajar yang semakin meningkat hingga wujud kelas terapung. Hal yang sama juga perlu ditelusi bila mana terdapat sekolah yang masih tidak lengkap dari aspek kemudahan yang diperlukan dalam membantu melancarkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran berlaku.
Bukan itu sahaja, malah pengurusan dan pentadbiran sekolah yang berasaskan teknologi memerlukan guru yang mahir IT dan peka dengan perkembangan terkini.Cabaran dalam sistem pendidikan perlu diambil kira. Sejajar dengan matlamat negara untuk melahirkan modal insan kelas pertama dan tahap pendidikan yang bertaraf dunia kurikulum terus mengalami perubahan dari masa ke semasa. Cabaran dalam masyarakat pula melihat kepada perspektif masyarakat yang menganggap guru sebagai sumber maklumat, berpegetahuan, kemahiran dan ketrampilan, sumber kebudayaan dan ilmu, sumber pemupukan kerpercayaan dan sistem nilai dan sebagainya. Hal ini merupakan cabaran yang menuntut guru perlu sentiasa bijak dalam memperkayakan ilmu di dada disamping memenuhi tuntutan Wawasan 2020.http://edutecnovasipdd.blogspot.my/. Dalam meniti abad ke 21, kemahiran pedagogi menuntut seseorang guru memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills), kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills) dan kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills). Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran abad ke-21 ini.
Pendidikan Khas boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan / kurang upaya itu. 'Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara'. Matlamat Pendidikan Khas di Malaysia ialah untuk memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran (suasana) biasa. Selain daripada itu, usaha-usaha berkaitan dengan rancangan khas serta tanggungjawab untuk meningkatkan aspek perkembangan kanak-kanak dan semua usaha berkaitan dengan keperluan kanak-kanak khas dan tanggungjawabnya adalah berlandaskan kepada matlamat dan objektif pendidikan biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dan sistem persekolahan. Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan antara murid-murid istimewa dengan murid-murid normal / biasa dalam pelbagai aspek seperti pembangunan fizikal, pembelian peralatan khas, perkhidmatan khidmat sokongan kakitangan bukan guru, peluang-peluang kenaikan pangkat, juruteknik audiologi pendidikan (educational speech therapist), orientasi dan mobiliti pendidikan (Orientation and Mobility Instructor) dan psikologi pendidikan (Educational Psychologist) dan sebagainya merupakan objektif Pendidikan Khas.
Pendidikan Inklusif Pdf
Terdapat berbagai definisi tentang Pendidikan Khas. Contohnya seperti Sang (2000) menyatakan bahawa Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran kerana masalah penglihatan, pertuturan dan pendengaran serta masalah dalam pembelajaran, atau pun murid-murid yang pintar-cerdas yang memerlukan pendidikan yang lebih mencabar. Berlainan pula pendefinisian oleh Jabatan Pendidikan Johor (1998) yang menyatakan Pendidikan Khas ialah golongan mereka yang berkeperluan khas dengan memberi penekanan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan individu murid dan pelajar terhadap penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran pengembangan ( developmental skills). Akibat daripada ini berlaku perubahan sistem pendidikan negara mengurangkan tahun persekolahan di peringkat sekolah rendah dari 6 tahun ke 5 tahun bagi murid-murid cerdas, mulai tahun 1997 dengan memperkenalkan ujian PTS dalam darjah 3, dan melanjutkan tahun persekolahan ke 7 tahun untuk murid-murid yang terkandas.
Selain daripada itu, diwujudkan Jabatan Pendidikan Khas untuk merancang dan memberikan lebih banyak peluang kepada kanak-kanak cacat agar menerima pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah (Sang, 2000). Beberapa tahun kebelakangan ini penekanan terus diberikan kepada keperluan Pendidikan Khas melalui Akta Pendidikan 1996.
Dalam menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 41 Akta Pendidikan 1996, Menteri Pendidikan telah membuat peraturan-peraturan seperti berikut (i) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1998, (ii) Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Peruntukan di bawah seksyen 40; Menteri Pendidikan hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1) (b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat. Tertakluk seksyen 40.1 subseksyen (2) dan (3), Menteri Pendidikan bolehlah melalui peraturan-peraturan menetapkan;.
tempoh pendidikan randah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas;. kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas;. kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan. apa-apa perkara lain yang difikirkan Menteri suai manfaat atau perlu bagi maksud bab ini. Mengikut kehendak Akta dan Rang Undang-Undang, mulai 1 hb Oktober 1995, penyusunan semula struktur organisasi Kementerian Pendidikan telah berkuatkuasa dengan mewujudkan 6 jabatan di mana salah satu darinya ialah Jabatan Pendidikan Khas. Dengan penstrukturan baru Kementerian Pendidikan, Unit Pendidikan Khas telah dinaikkan taraf kepada sebuah Jabatan Pendidikan Khas.
Jabatan ini diketuai oleh seorang Ketua Timbalan Pengarah Pendidikan dan dibantu oleh 3 orang Ketua Penolong Pengarah Bahagian.Sebelum ini pengurusan pendidikan khas di Kementerian Pendidikan Malaysia adalah di bawah Unit Pendidikan Khas di Bahagian Sekolah-sekolah. Pada bulan November 1995 semua jabatan pendidikan negeri turut sama di susun semula di mana pengurusan pendidikan khas adalah di bawah Unit Teknologi Pendidikan, Unit Kecil Pendidikan Khas (Jabatan Pendidikan Johor, 1998). Jabatan Pendidikan Khas di Kementerian Pendidikan Malaysia menumpukan aktiviti seperti perancangan dan pembangunan, pengurusan perkhidmatan, dan latihan dan khidmat bantu. Kemahiran Asas 3M amat penting ke arah menuju alaf baru selepas tahun 2000 di mana perkembangan teknologi maklumat semakin pesat dan mencabar.
Walau bagaimanapun berdasarkan laporan daripada hasil penyelidikan menunjukkan antara sepuluh hingga lima belas peratus di kalangan murid-murid sekolah masih menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dan gagal menguasai kemahiran asas 3M. Menyedari hakikat ini pada bulan November 1998 Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan mesyuarat dan bengkel untuk menghasilkan Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Khas. Pelaksanaan Program Pemulihan Khas adalah berdasarkan;. Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. K.P.(BS) 867/Jld.II.32 bertarikh 22 Januari 1985 - 'Guru Khas Pendidikan Pemulihan'. Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil.
K.P.(BS) 8502/5/PK/Jld. V26 bertarikh 18 Januari 1986. 'Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986'. Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, Bil. K.P.(BS) 8502/5/PK/Jld.
V34 bertarikh 30 Jun 1989. 'Guru Kelas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah'. Pekeliling Kewangan Bil. 2/91-KP 1573/17/Jld.
8(78) bertarikh 11 Februari 1991. Sistem menarik keluar ( withdrawal) telah diperkenalkan di mana murid-murid yang belum menguasai kemahiran 3M dikeluarkan daripada kelas biasa dan dikumpulkan dalam kumpulan kecil untuk dipulihkan melalui program pemulihan khas yang dilaksanakan oleh guru pemulihan khas. Mesyuarat khas tentang isu murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M pada 16 Oktober 1998 yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato Haji Mohd Khairuddin bin Mohd Ashaari, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia telah memutuskan Program Intervensi 3M ini perlu dilaksanakan dengan segera bermula pada awal tahun 1999.
Menurut Sang (2000) bagi murid-murid pintar-cerdas, Kementerian Pendidikan pula menyediakan kelas ekspress bagi mereka di sekolah rendah pada awal tahun 1960an. Rancangan ini dihentikan beberapa tahun kemudian, tetapi disambungkan semula pada tahun 1967. Murid-murid pintar-cerdas dipilih melalui Penilaian Tahap Satu (PTS) yang pertama kali dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan pada tahun 1996.
Murid-murid yang berjaya diberi peluang melompat ke darjah 5, demi mengurangkan tempoh pembelajaran mereka di peringkat sekolah rendah dari 6 tahun ke 5 tahun. Pendidikan Inklusif telah dimasukkan dalam SKU KP. Rujukan: Bil.6 SKU Kementerian(m.s. 22): Sasaran Tahun 2000; 6.1 'Mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa'.
Menurut Jabatan Pendidikan Khas(1998), Kementerian Pendidikan dalam usaha menyediakan perkhidmatan pendidikan, sentiasa merancang, melaksana dan menilai segala aspek pengurusan pendidikan supaya apa yang dilaksanakan dan dihasilkan adalah bernas, mantap dan berkesan. Dalam usaha ini dan sehubungan dengan pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan khas, Kementerian Pendidikan sedang berusaha bagi melaksanakan Pendidikan Inklusif secara meluas dan sepadu. Pada masa sekarang, sebilangan besar murid-murid khas bermasalah penglihatan adalah ditempatkan di kelas-kelas normal dengan diberi bantuan dan sokongan mengikuti pembelajaran dalam kelas oleh guru resos khas. Murid-murid khas bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran yang mampu mengikut kurikulum biasa juga diberi peluang belajar dalam kelas yang sama dengan rakan sebaya yang normal mengikuti kesesuaian pencapaian mereka. Ada di antara mereka yang ditempatkan dalam inklusif setting secara total telah membuktikan kejayaan yang amat cemerlang. Adalah diakui bahawa untuk melaksanakan sepenuhnya pendidikan inklusif memerlukan pemikiran yang mendalam, usaha yang gigih, komitmen yang jitu dan semangat yang kental. Dalam pengendalian Pendidikan Khas banyak lagi perkara dan isu yang masih perlu diberi perhatian dan penekanan.
Jabatan Pendidikan Khas (1998) mengariskan; (i) perlu wujud kerjasama dan usaha sama bagi merancang dan menyediakan peluang pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas, (ii) pihak sekolah, pengurus, pendidik, ibu bapa dan seluruh masyarakat sekolah perlu bersama berusaha menukar sikap dan menjayakan penerimaan murid-murid berkeperluan khas dalam sistem persekolahan biasa/normal. Isu-isu seperti intervensi awal bagi menyediakan kanak-kanak berkeperluan khas supaya bersedia memasuki alam persekolahan adalah amat penting diberi penekanan.
(iii) adalah penting bagi ibu bapa dan masyarakat menyambung dan memperkukuhkan lagi usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah di rumah bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas dan (iv) sudah sampai masanya seluruh masyarakat mengubah sikap dan membuat persediaan supaya dapat menerima golongan khas sebagai rakan. Bagi melaksanakan perkara ini usaha yang sepadu dan tindakan yang teratur dan tersusun perlu dibuat dan diharapkan. Keputusan yang telah diambil dalam pendidikan khas bagi beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia bersesuaian dengan kehendak masyarakat dunia dan ianya perlulah disokong sepenuhnya. Oleh itu sekolah mestilah menyediakan kemudahan dan peluang bagi semua jenis kanak-kanak belajar bersama, tanpa mengira kekurangan dari segi fizikal, intelek, emosi dan lain-lain. Sudah sampai masanya sekolah berusaha mengadakan muafakat dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menjayakan pendidikan untuk semua. Sekolah adalah institusi kecil masyarakat di mana murid-murid berkeperluan khas dapat belajar dan berinteraksi dengan rakan normal di samping memberi peluang murid-murid normal mengenali rakan-rakan khas mereka.
Perubahan sikap dan pandangan positif masyarakat kepada golongan khas amat diperlukan untuk menjamin golongan ini diterima dalam masyarakat. Sudah lama diskriminasi kepada golongan berkeperluan khas wujud kerana kegagalan masyarakat menyedari akan bakat dan potensi golongan ini. Tetapi lebih malang lagi masih terdapat golongan masyarakat yang masih menumpukan perhatian kepada kekurangan dan kecacatan yang terdapat pada golongan berkeperluan khas. Masyarakat perlu membuat segala usaha bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan golongan berkeperluan khas. Adalah tidak wajar bagi masyarakat mengharapkan semata-mata perubahan serta penyesuaian daripada golongan berkeperluan khas menurut segala kehendak masyarakat. Penyediaanpeluang pendidikan sama rata kepada semua murid di Malaysia adalah matlamatutama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025.
Hasrat menjadikansistem pendidikan di Malaysia yang holistik, progresif, bermoral dan bertarafdunia suatu hasrat yang perlu direalisasikan. Penglibatan oleh semua pihak adalah sangat diperlukanuntuk melihat kejayaan hasrat tersebut mencapai kejayaan. Bagi melihat penyediaanpendidikan murid berkeperluan khas diberikan sama rata dengan apa yangdinikmati oleh pelajar arus perdana, pengurusan pendidikan khas juga perlumembuat anjakan paradigma dan melakukan transformasi ke arah yang lebih baik. Betapa murninya hasrat kerajaan dalam penyediaanpendidikan yang sama rata kepada semua murid tanpa mengira status dan darjatseseorng murid berkeperluan khas(mbk). Sehubungan dengan itu, usaha ini perlumendapat sambutan dan kerjasama dari semua pihak. Sebagai pihak yang diberiamanah berhubung dengan hasrat murni kerajaan ini, semua pihak yang terlibatterutama guru-guru, penyelaras dan Penolong Kanan Pendidikan Khas seharusnyamengembeling tenaga untuk menjayakan pendidikan khas.
Usaha ini perlu dilakukansecara kolaboratif oleh semua pihak. Alangkah bertuahnya kanak-kanak diMalaysia dengan dasar PPPM yang ada sekarang.Sekurang-kurangnya kanak-kanak berkeperluan khas mendapat pembelaan dandiberikan hak yang sewajarnya dalam bidang pendidikan.